Facebook: Antara Kamu dan E-Kamu

fb-minor

Ada sebab ABAH tidak benarkan kamu guna Facebook dan media sosial lain sebelum umur kamu 13 tahun. Undang-undang pun begitu. Kawan-kawan kamu yang lain pakai, itu bukan alasan. Kamu mati nanti, kamu ke kuburan dan kawan kamu teruskan kehidupan. Jangan biasakan diri menjadikan kawan sebagai alasan.

Apabila kamu berada di depan skrin, kamu ialah kamu dan di sebalik skrin ialah e-kamu. Emak kamu dulu beranakkan kamu. Manakala e-kamu, kamu yang cipta. Kamu yang emak kamu beranakkan dahulu, sekarang ini umur dia 12 tahun. Manakala e-kamu yang kamu nak beranakkan ia di Facebook dan internet akan menjadi bayi.

Kamu ada usia bayi, kanak-kanak, akil baligh, remaja dan dewasa.

E-kamu juga ada usia begitu.

E-kamu mesti dikendalikan oleh kamu yang matang. Kalau e-kamu itu bayi, dikendalikan oleh kamu yang belum cukup matang, banyak masalah yang timbul nanti.

Zaman ini, kita sudah pandai bercakap tentang hak, sebelum kita kenal peranan dan tanggungjawab. Apabila kita bercakap tentang hak tanpa mengenal peranan dan tanggungjawab, kita akan membuta tuli menuntut hak, termasuk hak ke atas diri sendiri.

ABAH minta kamu beri password kamu kepada ABAH pun, kamu sudah bermasam muka. Tetapi kamu sendiri selalu membiarkan akaun kamu tidak log off, menunjukkan kamu culas terhadap apa yang kamu anggap sebagai hak kamu.

Dan kerana kamu tidak log off, ABAH nampak pada suatu hari ahli kumpulan Facebook kawan-kawan kamu pos gambar lucah. ABAH terkejut, tetapi ABAH diam dan mahu tengok bagaimana kamu dan kawan-kawan kamu bertindak. Kebanyakan kamu tidak kenal siapa yang pos gambar lucah itu, tidak tahu bagaimana dia berada dalam kumpulan kamu dan kamu semua tidak dapat bertindak apa-apa bilamana beliau bertindak biadab memaki hamun kamu semua.

ABAH mahu tanya, kamu rasa semasa kawan-kawan kamu nampak gambar lucah itu mereka buat apa? Dan kamu sendiri, kamu buat apa?

Itu baru satu.

ABAH silap izinkan kamu sebelum ini. Dan kini ABAH tarik semula keizinan itu, terutamanya untuk adik-adik kamu.

Sabar, ya nak.

kid-computer

Seperkara lagi, ABAH tidak mahu kamu menjadi sebahagian daripada pengguna Facebook yang sangat biadab. Hingga banjir dan segala bencana yang menimpa negara kita sepanjang 2014 ini pun tidak mampu menginsafkan mereka.

Facebook itu kuasa. Dan orang kita nampaknya tak boleh tadbir kuasa dengan baik walaupun sekadar satu akaun peribadi. Kita mudah rasa sangat berkuasa, hanya kerana kita bebas menulis apa sahaja. Tambah-tambah yang berselindung di sebalik nama samaran. Dan tidak seperti lima enam tahu dulu, kini dengan nama sebenar pun pengguna Facebook kita sudah tidak segan silu memaki hamun.

ABAH tidak dapat bayangkan yang kamu umur belasan atau 20’an, kamu bahasakan ustaz-ustaz yang sebaya ABAH tu sebagai ‘BRO’ sebab kamu rasa pendapat kamu lagi cool daripada depa. Cakap dengan kurang ajar, yang kalau ABAH tahu kamu nak jadi begitu, baik ABAH pijak-pijak sahaja kamu masa kecil dulu.

Masa kamu kecil, kamu yang comel itu marah kalau ABAH sebut perkataan ‘bodoh’. Izinkan ABAH hari ini berkata, bahawa Facebook menyebabkan ramai orang bodoh dan bangga dengan kebodohannya.

Anakku,

ABAH bukan Imam Ghazali yang tinggi falsafahnya semasa berpesan kepada anak di dalam Ayyuhal Walad. ABAH manusia biasa. ABAH cuma nak kamu jadi manusia yang berbudi bahasa. Jika tidak banyak menyumbang kebaikan kepada orang lain pun, kamu tidak menambah kejahatan sedia ada.

ABAH kena pastikan, emak kamu 13 tahun lalu, melahirkan tentera Muhammad SAW. Bukan tentera Dajjal.

ABAH

 

6 comments

  1. Sekarang kakak dah besar itu waktu umur 3 tahun ambi gambar
    Satu tu Anak kakak abah 3 tahun

  2. Isneta tak lama Akan masak umur 28thn 25/9/2017 ni Hari kelahiran aku Abah ini anang Isneta Nama penu ku bin ku Salleh Hussein mamak bapa ku Punya makbapa dah meninggal dunia…
    Aku sedih Jiwa ku tak tentu risaukan tana runtu Akan berlaku Ramai yg nilai aku tiada MAkna apa pun usahaku rasa sia2 McM papa Punya USAHA tk Di Haggai aku menghargai keluarga ku juga anak ku qyra nadeera Wong aku panggil xiao Mei Wong Di bawa Tampa restu ku Oleh bapa nya yang tk perna Tahu kami mereka siksa berpisa aku sporting tk semestinya orang buat suka Hati Saja Tampa pengatuhuanku

  3. Don’t trust anybody said what who is me n my family ok that my prinsixp Percaya DAN keyakinan diri aku sendiri tak pedulikan orang Menggatal kata apa pun pass aku buang Surat lahil hilang semua yg ku Ada orang curi hak aku pun Kama belakangkan adilka

  4. Memang tidak sewajarnya pada masi berumur 13 tahun masih underage memakai sosial media. itu akan jadi efek buruk bagi anak. Dan pergaulan juga cepat terkontaminasi.
    Bagaimana cara efektif menjaga keseharian anak yang tepat???

Leave a Reply to Isneta Cancel reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.