ABAH Adalah Pendengar Yang Baik

20120522-anak

Ibrahim ‘alayhi al-Salaam mempunyai dua set keluarga. Satu di Palestin satu di Mekah. Baginda perlu menghabiskan masa yang optimum antara keluarga, dan masyarakat.

Sebuah kisah besar di dalam Surah al-Saafaat ayat 102:

 37_102

Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: “Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?”. Anaknya menjawab: “Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar”.

Tatkala Ibrahim kembali ke Mekah, baginda memberitahu anaknya Ismail, bahawa Allah memerintahkan beliau agar menyembelih Ismail.

Ajaib!

Ismail anak yang sering ditinggalkan bapa.

Tetapi Ismail tidak membenci bapa.

“Lakukanlah ayah. Engkau akan dapati aku Insya Allah dari golongan yang sabar” kata Ismail.

Apa rahsianya?

Kita tidak tahu.

Namun dalam ayat yang sama, Ibrahim menunjukkan contoh yang sangat mulia. Biar pun ia perintah Allah yang WAJIB ditunaikan, Ibrahim tetap meminta pendapat anaknya.

“Maka fikirkanlah, apa pendapatmu?” tanya Ibrahim.

Bilakah kali terakhir kita mendengar pendapat anak?

Peluang itu sentiasa ada. Dengarlah, agar kita didengarinya.

Dengar bukan hanya dengan telinga.

Tapi mendengar dengan hati!

ABAH.MY

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *